Pages

Monday, June 14, 2010

Warna vs Aura?


Aura manusia adalah medan tenaga dan pantulan tenaga hayat dalam badan kita. Tenaga ini membentuk diri kita, siapakah diri kita dan sebaliknya aura itu akan menjadi lebih baik atau lebih teruk disebabkan oleh persekitaran kita dan cara hidup kita. Aura juga membalikkan kesan bergantung kepada kesihatan kita, perwatakan kita, aktiviti mental kita dan keadaan emosi kita. Aura juga boleh menunjukkan atau mengesan penyakit, selalunya lama sebelum simptom-simptom penyakit menunjukkan kesannya. Maknanya warna Aura merupakan satu ukuran tenaga dalam diri seseorang. Sekiranya ada kelemahan pada organ-organ tertentu ianya akan di pengaruhi oleh Aura ini. Kelemahan tersebut dapat di seimbangkan dengan memancarkan Aura ke arah organ yang bersangkutan.



Aura berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan juga tahap kerohanian seseorang. Ramai pengamal rawatan aura telah membahagikan manusia berdasarkan pada warna pada aura mereka. Contohnya, warna aura yang biru bermaksud seorang manusia yang mempunyai kuasa kerohanian yang tinggi, boleh dipercayai, amanah dan lain-lain lagi. Aura yang berwarna oren atau jingga bermaksud seseorang itu manusia yang beremosi. Pendapat ini tidak tepat dari satu sudut dan agak boleh di percayai dalam satu sudut yang lain. Aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh dengan secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata. Aura akan bertindakbalas kepada warna pakaian kita dan juga warna pada persekitaran di sekeliling kita, contohnya warna pada tembok atau dinding.

Warna boleh menjadi membina ataupun boleh memusnahkan. Ia boleh meransang, memperbaiki atau menarik perhatian. Ia boleh menjadi lelaki atau wanita. Ia boleh menjadi negatif atau positif. Warna aura juga menyediakan kunci kepada personaliti, mood, kematangan dan kesihatan individu tertentu. Ia juga pantulan/biasan kepada aspek rohani dan jasmani.Adalah satu tugas yang besar untuk kita mempraktikkan bagaimana untuk mentafsirkan warna-warna aura. Tiap-tiap warna tersebut mempunyai perwatakan tersendiri, tetapi perubahan warna aura akan mengubah perwatakan tersebut.

Merah 
Merah adalah warna bagi tenaga. 


Oren 
Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.

Kuning 
Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Hijau 
Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Biru 
Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura.

Ungu Violet 
Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempengaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual. Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Merah jambu 
Warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang, terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Emas 
Warna emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Putih 
Putih selalu dijumpai dalam warna aura. Putih mempunyai semua warna di dalamnya.

Kelabu 
Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar ebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif. Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Perang 
Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru. Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masalah dalam fizikal.

Hitam 
Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Hitam adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia. Warna hitam juga menunjukkan pemahaman mengenai bebanan dan pengorbanan akan terjadi akhirnya. Hitam juga menunjukkan ketidakseimbangan. Ketidakseimbangan fizikal ditentukan oleh hitamnya aura sesuatu kawasan tersebut. Seorang yang mempunyai aura hitam adalah mangsa penderaan kanak-kanak dan juga seorang pendera yang lazimnya seorang penagih dadah, penagih alkohol, penghisap rokok dan sebagainya.

Perak berkilauan 
Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

Aura lemah disebabkan oleh:
1. Pemakanan yang tidak baik.
2. Kurang bersenam.
3. Kurang mendapat udara bersih merokok.
4. Kurang rehat.
5. Tekanan atau stress.
6. Dadah / alkohol.
7. Tabiat yang kurang baik Kesedaran haiwani yang menguasai diri.


(Disunting daripada aura therapy.pdf)

No comments:

Post a Comment