Pages

Wednesday, April 13, 2016

Tips to Save Money on Groceries

Know how to use the sale circular
You can find supermarkets’ weekly ads, or circulars, on their Web sites or as you enter the stores. These will help you pinpoint some of the best deals. Be aware that not everything listed in the circular is actually on sale. Some are simply items the store is promoting in hopes of getting customers to buy them at full price. You’ll know because there won’t be a sale price listed on the shelf sticker.

Always compare prices
If you’re making a big purchase, it’s important to always compare prices. Check the prices in a few different shops and online to see where you can get the best possible deal.

Choose the Right Store

One of the best ways to lower grocery costs is to shop at stores that have the lowest prices on the things you buy.

Tuesday, April 12, 2016

Indahnya Ciptaan

Suatu hari seorang anak bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain itu kemudian menoleh ke arah ibunya sambil memerhatikan apa yang dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan lalu bertanya kepada ibunya,

         “Apa yang sedang ibu lakukan?”

“Ibu sedang menyulam, nak.” Jawab ibunya sambil terus menusukkan jarum dengan benang ke permukaan kain.

“Tapi buat apa?” Anak itu masih bertanya hairan.

“Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat.”

Saturday, December 11, 2010

Kesempurnaan Diri Muslim

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata :
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
“Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”
 Maka baginda  S.A.W telah berkata kepadanya, “ Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

Tuesday, October 26, 2010

Di Sebalik Kejadian Rumput

Rumput sejenis tumbuhan yang paling mudah tumbuh, tahan lasak dan senang dipandang mata. Warnanya yang hijau memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Rumput tidak berbuah, tidak mengeluarkan bunga yang berwarna-warni, tetapi kita tetap menanamnya.


Kenapa? Apakah keistimewaan rumput?

Tuesday, July 6, 2010

Wanita & Air Mata



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

“Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab,

“Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

“Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Tuesday, June 22, 2010

Tips Menjimatkan Bil Elektrik

  • Elakkan penggunaan peralatan elektrik yang banyak dalam satu-satu masa. Ini kerana penggunaan peralatan elektrik yang banyak secara serentak akan menyebabkan  peningkatan kuasa elektrik. Jadi cubalah meminimumkan penggunaan peralatan elektrik yang memerlukan kuasa elektrik yang tinggi seperti periuk nasi, seterika dan mesin hampagas.