Pages

Tuesday, June 22, 2010

Tips Menjimatkan Bil Elektrik

  • Elakkan penggunaan peralatan elektrik yang banyak dalam satu-satu masa. Ini kerana penggunaan peralatan elektrik yang banyak secara serentak akan menyebabkan  peningkatan kuasa elektrik. Jadi cubalah meminimumkan penggunaan peralatan elektrik yang memerlukan kuasa elektrik yang tinggi seperti periuk nasi, seterika dan mesin hampagas.


  • Pada waktu malam, cuba kurangkan penggunaan lampu dalam rumah. Terutama pada ruang yang tidak digunakan seperti ketika semua ahli keluarga menonton televisyen, tutuplah lampu bilik dan lampu di dapur. Secara tidak langsung anda telah menjimatkan tenaga elektrik walaupun tidak banyak.
  • Jika anda menggosok pakaian, cubalah untuk menggosok pakaian dalam jumlah yang banyak. Ini lebih menjimatkan daripada anda menggosok baju secara sedikit demi sedikit. Luangkan masa hujung minggu anda untuk menggosok pakaian. Walaupun memenatkan tetapi cara ini dapat menjimatkan bil elektrik rumah anda terutama yang mempunyai keluarga besar.
  • Selepas menggunakan peralatan elektrik ada baiknya anda menutup suis plak seperti cerek elektrik untuk mengelakkan arus elektrik terus mengalir walaupun peralatan elektrik itu tidak digunakan.
  • Sewaktu hendak tidur, gunakan hanya lampu meja jika anda tidak biasa tidur dalam gelap. Elakkan memasang lampu siling hingga ke pagi kerana lampu siling ‘memakan’ kuasa elektrik yang tinggi.
  • Didiklah diri sendiri dan ahli keluarga anda agar berjimat-cermat ketika menggunakan elektrik. Elakkan juga penggunaan peralatan elektrik yang banyak pada masa waktu puncak iaitu sekitar jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.
 

No comments:

Post a Comment